HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1 – 5
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSM.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN:
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TING 1 - Terkini (Termasuk PKJR Ting.1)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA, DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN, PAHANG …Muat turunKEMAHIRAN MENULIS
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN, PAHANG …Muat turunKEMAHIRAN MENULIS
______________________________________________________________________________________
ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN – Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Muat turun: MODUL MERANGKA KARANGAN
______________________________________________________________________________________
PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU KREATIVITI
Datin Mariam binti Mehad , SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Muat turun : FORMULA PERKEMBANGAN ISI KARANGAN
_____________________________________________________________________________________
PUAN ZALINA BT AHMAD : Muat turun – TATABAHASA
_____________________________________________________________________________________
MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM
oleh: NAWI BIN ISMAIL (SM TEKNIK TERENGGANU) Muat Turun : MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM
____________________________________________________________________________
Topik-topik penting tatabahasa (BOLEH JUGA DIMUAT TURUN DI HALAMAN TATABAHASA)
TOPIK 1: AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS…. MUAT TURUN NOTA LENGKAP TOPIK 1 – AYAT TUNGGAL
______________________________________________________________________________________
TOPIK 2: AYAT SUSUNAN SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. MUAT TURUN NOTA LENGKAP TOPIK 2 – SUSUNAN AYAT SONGSANG
______________________________________________________________________________________
TOPIK 3: AYAT PASIF
Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)
Objek
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)
Subjek MUAT TURUN NOTA LENGKAP TOPIK 3 – AYAT PASIF
______________________________________________________________________________________
TOPIK 4: KATA MAJMUK
KATA MAJMUK
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah: MUAT TURUN NOTA LENGKAP:TOPIK 4 – KATA MAJMUK
______________________________________________________________________________________
TOPIK 5 : IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’
Imbuhan apitan meN-, meN-…-kan dan meN-…-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.
1. Kata Kerja apitan ‘meN-…-kan’ dan ‘meN-‘
meN-…-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1 objek dan frasa keterangan
MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 5 – IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’
______________________________________________________________________________________
TOPIK 6 : KATA BANTU
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.
MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 6 – KATA BANTU
______________________________________________________________________________________
TOPIK 7 : KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 7 – KATA ADJEKTIF
______________________________________________________________________________________
TOPIK 8 : FUNGSI –nya DALAM AYAT
Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. Sebagai contoh:
1. Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)
2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu. (Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)
Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:
MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 8 – FUNGSI -NYA DALAM AYAT
______________________________________________________________________________________
TOPIK 9: KATA KERJA
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
- Kata kerja transitif
- Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 9 – KATA KERJA
____________________________________________________________________________
TOPIK 10 : PASANGAN KATA MENGELIRUKAN
- 1. KATA NAFI : tidak - bukan
- Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk frasa-frasa predikat.
tidak | bukan |
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. |
Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini. | Makanan itu bukan untuk Ali tetapi untuk Aminah. |
Kenyataan yang diberinya itu tidak benar. | Projek itu bukan usaha yang saya lakukan. |
Nota:
- Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh: Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 10 – PASANGAN KATA MENGELIRUKAN
______________________________________________________________________________________
TOPIK 11: KESALAHAN STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung.
Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 11- KESALAHAN STRUKTUR AYAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan