Analisis Soalan Percubaan Kertas 2 2013
ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013
BAHASA MELAYU
SOALAN 1 - RUMUSAN
NEGERI
|
ISI TERSURAT
|
ISI TERSIRAT
|
After School
|
Langkah-Langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu
|
Kekangan penggunaannya di
|
Johor
|
Peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
|
Langkah-Langkahmemajukannya
|
Kelantan
|
Langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan
|
Faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan itu
|
Melaka
|
Usaha memupuk perpaduan
|
Kepentingan perpaduan
|
MRSM
|
Langkah-langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik
|
Faedah-faedah penggunaan perbankan elektronik
|
Negeri Sembilan
|
Faedah-Faedah bersenam kepada orang ramai
|
Masalah-Masalah untuk melakukan senaman
|
Pahang
|
Punca-Punca berlaku masalah sosial remaja
|
Peranan keluarga dalam menangani masalah ini.
|
Perak
|
Usaha-usaha menghargai jasa veteran tentera
|
Sebab-sebab veteran tentera perlu diberikan penghargaan
|
Pulau Pinang
|
Kesan-kesan penggunaan lnternet
|
Tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya.
|
SBP
|
Kriteria yang perlu ada pada seorang pekerja k-ekonomi
|
Kesannya kepada negara
|
Selangor
|
Punca-punca kesesakan jalan raya
|
Kesannya kepada pemandu.
|
Terengganu
|
Kepentingan taman awam
kepada masyarakat
|
Cara untuk menjaga taman awam
|
WP
|
Tindakan mengatasi masalah buli siber
|
Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli siber.
|
YIK
|
Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin
|
Langkah-langkah untuk mengatasinya.
|
SOALAN 2a – PETIKAN UMUM
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
· Berikan maksud mengembalikan peranan Asia.
· Nyatakan faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan
· Cadangkan dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah
|
Johor
|
· Berikan maksud rangkai kata pelbagai insentif.
· Mengapakah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting?
· Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam industri ini?
|
Kelantan
|
· Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan berdasarkan dalam petikan
· Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat ?
· Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting dalam sesuatu kawasan kejiranan ?
|
Melaka
|
· Berikan maksud rangkai kata prinsip-pinsip jitu
· Beberapa masalah dikenal pasti melambatkan pencapaian perpaduan dalam kalangan masyarakat. Nyatakan masalah-masalah tersebut.
· Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar? Nyatakan tiga langkah.
|
MRSM
|
· Apakah maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos?
· Pengarang menyatakan beberapa cara menggunakan khidmat perbankan elektronik. Nyatakan cara-cara tersebut.
· Pada pendapat anda, mengapakah khidmat perbankan elektronik kurang mendapat sambutan daripada pengguna? Jelaskan dua sebab.
|
Negeri Sembilan
|
· Berikan maksud rangkai kata strategi yang berkesan.
· Nyatakan ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu mempunyai fizikal yang cergas?
· Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan seseorang bersenam?
|
Pahang
|
· Berikan maksud rangkai kata mencorak sahsiah?
· Penularan gejala sosial dalam kalangan remaja telah meninggalkan beberapa kesan terhadap negara. Nyatakan kesan-kesan tersebut.
· Jelaskan pendapat anda tentang dua kepentingan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pembangunan negara?
|
Perak
|
· Berikan maksud rangkai kata menikmati keistimewaan
· Pengarang menyatakan beberapa harapan terhadap veteran tentera. Nyatakan dua harapan.
· Nyatakan pendapat anda tentang cara-cara untuk menarik golongan remaja menyertai angkatan tentera.
|
Pulau Pinang
|
· Berikan maksud menggugat budaya.
· Berdasarkan petikan tersebut, apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber?
· Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani jenayah siber melalui Internet
|
SBP
|
· Apakah maksud rangkai kata tunjang utama?
· Pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan pekerja k-ekonomi. Nyatakan usaha-usaha tersebut.
· Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak swasta untuk melahirkan pekerja k-ekonomi yang kompetitif.
|
Selangor
|
· Berikan maksud rangkai kata isu yang hangat dibincangkan.
· Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi kesesakan jalan raya di ibu kota?
· Pada pendapat anda, mengapakah pembukaan bandar-bandar baharu dapat mengurangkan kadar kesesakan jalan raya di ibu kota?
|
Terengganu
|
· Berikan maksud rangkai kata berkembang dengan pesat.
· Apakah tujuan asal pembangunan taman dan ujana awam?
· Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menarik penduduk supaya memanfaatkan taman awam?
|
WP
|
· Apakah maksud rangkai kata menyinggung perasaan ?
· Pengarang menyatakan beberapa aktiviti yang dilakukan oleh pembuli siber kepada mangsanya. Nyatakan aktiviti-aktiviti tersebut.
· Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu menjadi pembuli siber?
|
YIK
|
· Berikan maksud rangkai kata petempatan setinggan.
· Mengapakah imej negara Malaysia di persada dunia tercalar akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin?
· Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia menjadi destinasi utama kemasukan pendatang asing tanpa izin di rantau ini ?
|
SOALAN 2b – PETIKAN PROSA MODEN
NEGERI
|
SOALAN
|
After School - Israk
|
· Apakah reaksi Israk apabila Mikraj mengajaknya ke kebun?
· Berikan beberapa cadangan untuk mendekatkan golongan muda agar berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan kekeluargaan.
· Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan, dansatu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
|
Johor - Ibu dan Ceper
|
· Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhentihenti.
· Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi.
· Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dansatu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
|
Kelantan - Ibu dan Ceper
|
· Berikan maksud rangkai kata sudah dimakan tua
· Sekiranya anda berada di tempat penulis, apakah perasaan anda setelah melihat ibu anda mengalirkan air mata ?
· Huraikan satu perwatakan penulis alam petikan di atas dan satu perwatakan penulis dalam keseluruhan cerpen tersebut.
|
Melaka - Penanggungan
|
· Jelaskan peristiwa yang menimbulkan tekanan kepada Kapten Mamat.
· Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha yang boleh diambil bagi menjaga kebajikan pekerja?
· Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.
|
MRSM - 1400
|
· Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah.
· Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar?
· Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
Negeri Sembilan -Israk
|
· Nyatakan beberapa perlakuan Israk yang memperlihatkan bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Wah.
· Pada pandangan anda, mengapakah warga tua seperti Wah perlu dihormati?
· Kemukakan satu nilai dalam petikan dan dua nilai lain berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.
|
Pahang -Forum Remaja 2020
|
· Nyatakan bukti-bukti yang membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden di dunia.
· Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk menjayakan konsep 1 Malaysia?
· Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama.
|
Perak - 1400
|
· Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di kampung tersebut.
· Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mencegah penyakit berjangkit merebak dalam kalangan masyarakat.
· Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tiada dalam petikan.
|
Pulau Pinang -lbu dan Ceper
|
· Gambarkan situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia.
· Banyak sungai mengalami pencemaran akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini?
· Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
SBP - Israk
|
· Mengapakah Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk?
· Sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka pulang ke rumah datuk dan nenek di kampung pada musim cuti persekolahan. Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda.
· Huraikan satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan dan satu perwatakan Mikraj berdasarkan keseluruhan cerpen.
|
Selangor - Ibu dan Ceper
|
· Berikan bukti-bukti yang menunjukkan kemujuran yang dihadapi oleh „aku‟.
· Pada pendapat anda, mengapakah segelintir anak menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang tua-tua atau rumah kebajikan?
· Nyatakan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen dansatu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
Terengganu -Ibu dan Ceper
|
· Mengapakah aku berasa menyesal dan memohon ampun daripada ibu?
· Sebagai seorang anak, apakah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan terhadap ibu bapa? Nyatakan tiga tanggungjawah tersebut.
· Huraikan satu pengajaran yang terkandung dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.
|
WP - Forum Remaja 2020
|
· Mengapakah Chandran, Chong, dan Salmah begitu yakin bahawa Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara model?
· Pada pandangan anda, selain untuk mewujudkan integrasi nasional, apakah kepentingan bahasa kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia?
· Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai murni yang lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
YIK - Tiang Cengal Dinding Sayung,
|
· Apakah tanggapan Sabariah terhadap bapanya?
· Pada pendapat anda, mengapakah pertelingkahan dalam kalangan keluarga sering berlaku?
· Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
SOALAN 2c – PETIKAN PROSA TRADISIONAL
NEGERI
|
SOALAN
|
After School -Hikayat Indera Nata
|
· Mengapakah muka bidadari pucat?
· Nyatakan gambaran naga yang terdapat dalam mimpi bidadari seperti yang diceritakan kepada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran?
· Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
|
Johor -Pelayaran yang Penuh Peristiwa
|
· Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung.
· Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau?
· Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu.
|
Kelantan -Hikayat Indera Nata
|
· Berikan maksud perkataan menghelakan
· Apakah yang dilakukan oleh raksasa suami isteri keesokan harinya ?
· Pada pendapat anda, mengapakah raksasa sanggup menuruti kehendak Indera Nata dan Tuan Puteri ?
|
Melaka -Pelayaran yang Penuh Peristiwa
|
· Berikan maksud mencangkuk rombeng geliung panjang
· Apakah vang dilakukan oleh Awang Sulung setelah dia selesai mandi?
· Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun tersebut gementar mendengar suara Awang Sulung? Berikan tiga alasan.
|
MRSM -Hikayat Khoja Maimun
|
· Berikan maksud rangkai kata berbuat syafaat.
· Apakah reaksi Bayan setelah mendengar rayuan isteri saudagar tersebut?
· Nyatakan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan memberi maaf kepada seseorang yang pernah melakukan kesalahan terhadap diri kita. Berikan dua kelebihan.
|
Negeri Sembilan -Hikayat Langlang Buana
|
· Berikan maksud rangkai kata dikarang dengan cemerlang dalam petikan di atas.
· Nyatakan beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh nuri.
· Pada pendapat anda, adakah wajar Raja Indera Bumaya menyamar diri semata-mata untuk memikat hati tuan puteri?
|
Pahang - Hikayat Opu Daeng Menambun
|
· Berikan maksud barangkali diempangnya seperti yang terdapat dalam petikan.
· Nyatakan perjanjian yang telah dibuat antara Raja Kedah dengan Opu Daeng lima bersaudara yang telah dipersetujui bersama.
· Jika anda Opu Daeng, apakah strategi yang anda akan ambil bagi memastikan anda berjaya membantu Raja Kedah mendapatkan takhta.
|
Perak -Pelayaran Penuh Peristiwa
|
· Berikan maksud rangkai kata apa gunanya menyimpan.
· Setelah melihat Si Kembang Cina mengerjakan sueuhan jurumudi, nyatakan tindakan-tindakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap Si Kembang Cina.
· Sekirannya anda Si Kembang Cina, apakah yang wajar anda lakukan apabila disuruh oleh jurumudi menyediakan hidangan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung ? Kemukakan dua pendapat anda.
|
Pulau Pinang -Hikayat Langlang Buana
|
· Berikan maksud mata yang manis menjadi balut.
· Apakah kata-kata manis Raja lndera Bumaya ketika memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis?
· Pada pendapat anda, wajarkah Raja lndera Bumaya berperang dengan Raja Bahrum Dewa? Berikan tiga sebab.
|
SBP - Hikayat Opu Daeng Menambun
|
· Apakah maksud masuk alamat ?
· Bagaimanakah reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap?
· Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan negara dicerobohi oleh musuh?
|
Selangor -Hikayat Langlang Buana
|
· Apakah maksud rangkai kata berceteralah akan hal ehwalnya?
· Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi setelah membawa balik burung bayan itu ke mahligainya.
· Sekiranya anda Raja Indera Bumaya, nyatakan dua cara lain yang akan anda lakukan untuk memikat hati tuan puteri selain menggunakan unsur penyamaran.
|
Terengganu - Hikayat Langlang Buana
|
· Apakah maksud rangkai kala merosakkan kalbu?
· Nyatakan perkara yang berlaku dalam peperangan antara jin dari gemala hikmat dengan rakyat Raja Bahrum Dewa?
· Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Raja Indera Bumaya melancarkan peperangan terhadap Raja Bahrum Dewa? Nyatakan tiga alasan anda.
|
WP -Hikayat Langlang Buana
|
· Berikan maksud rangkai kata terlalu elok parasnya.
· Nyatakan tiga peringkat perubahan diri Raja Indera Bumaya sebelum menjadi dirinya yang sebenar?
· Pada pendapat anda, apakah keistimewaan Raja Indera Bumaya yang memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?
|
YIK -Hikayat Khoja Maimun
|
· Apakah maksud rangkai kata "habis sekaliannya dikatakannya"dalam petikan di atas?
· Bagaimanakah tindakan anak raja itu setelah melihat wajah Bibi Zainab?
· Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang suami dapat menjaga hubungan baik dengan isteri mereka?
|
SOALAN 2d – PETIKAN PUISI
NEGERI
|
SOALAN
|
After School – Gurindam 12 Fasal yang Keenam
|
· Apakan yang dimaksudkan dengan: Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat
· Sahabat amat penting pada masa susah maupun senang.Cadangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang sahabat yang setia.
· Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas.
|
Johor – Dirgahayu Bahasaku
|
· Nyatakan keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap keempat sajak di atas.
· Sekiranya anda seorang pejuang bahasa, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini?
· Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
|
Kelantan – Dirgahayu Bahasaku
|
· Berikan maksud rangkai kata merentas dunia tak bertepi
· Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menyuburkan semangat cinta akan bahasa kita dalam kalangan masyarakat ?
· Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
|
Melaka –Bangkitlah
|
· Mengapakah penyajak menasihati anak-anak agar jangan menyesal seperti yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak di atas.
· Pada pendapat anda, apakah peranan remaja dalam mencapai wawasan pembangunan Negara? Nyatakan tiga peranan ramaia.
· Nyatakan tiga persoalan yang tedapat dalam saiak.
|
MRSM –Seloka Si Luncai
|
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
· Berdasarkan baris seloka di atas, mengapakah pengarang menegur sikap Si Luncai?
· Dalam seloka tersebut, pengarang ada mengemukakan persoalan kepentingan menuntut ilmu. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu?
· Nyatakan dua latar masyarakat yang terkandung dalam seloka ini.
|
Negeri Sembilan –Seloka Si Luncai
|
· Nyatakan beberapa sikap malas yang dimiliki oleh Si Luncai.
· Pada pendapat anda, apakah kaedah yang sesuai untuk mengekang masalah binatang ternakan berkeliaran di jalan raya?
· Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.
|
Pahang – Gurindam Tonggak Dua Belas
|
· Berikan maksud rangkap 1 gurindam.
· Pada pendapat anda, selain faktor ketekunan, apakah faktor-faktor lain yang membolehkan seseorang memperoleh kejayaan?
· Kemukakan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
|
Perak –Gurindam Tunggak 12
|
· Berikan maksud perkara susah menjadi senang
· Jangan dinanti esok lusa pada rangkap 1 baris kedua membawa maksud kita dilarang menangguh-nangguhkan kerja yang diberikan. Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita ?
· Huraikan dua nilai murn yang terdapat dalam rangkap 4, 5 dan 6 gurindam di atas.
|
Pulau Pinang – Gurindam 12 Fasal yang Keenam
|
· Berikan maksud rangkap kedua gurindam di atas.
· Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang baik. Berikan tiga sebab.
· Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini.
|
SBP –Dirgahayu Bahasaku
|
· Sejarah bangsa telah mencatatkan pelbagai kegemilangan dalam rangkap keempat. Nyatakan tiga kegemilangan tersebut.
· Pada pendapat anda, bagaimanakah bahasa Melayu boleh dimartabatkan di persada antarabangsa?
· Huraikan tiga nilai yang diperoleh dalam sajak tersebut.
|
Selangor – Bawah Langit yang Sama
|
· Berikan maksud rangkap ketiga sajak di atas.
· Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang timbul jika masyarakat tidak bersatu padu?
· Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
|
Terengganu –Di Perpustakaan
|
· Nyatakan maksud baris Bahtera ilmu di sini.
· Pada pendapat anda, bagaimanakah kaedah lain yang sesuai anda lakukan untuk menambahkan ilmu dan maklumat selain mengunjungi perpustakaan?
· Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak.
|
WP – Gurindam Tonggak Dua belas
|
· Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas” .
· Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
· Nyatakan bentuk gurindam di atas.
|
YIK - Syair Definisi Orang Berakal
|
· Apakah maksud "mencari kupasan jangan tersemu" dalam rangkap akhir syair di atas?
· Pada pendapat anda bagaimanakah ciri-ciri orang yang tidak berakal?
· Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.
|
SOALAN 3a – BINA AYAT
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
· tonton
· tengok
· keluar
· terbit
· halus
· teliti
|
Johor
|
· dapat - bersependapat
· prihatin - keprihatinan
· sejuk - kesejukan
|
Kelantan
|
· melarikkan – pelarian
· melancong – pelancongan
· melantik - pelantikan
|
Melaka
|
· mabuk laut
· lipat ganda
· pindah tangan
· tahan lasak
· harga borong
· sumpah seranah
|
MRSM
|
· abadi
· akhlak
· iltizam
· istirahat
· syumul
· zuriat
|
Negeri Sembilan
|
· ambil alih
· daya usaha
· campur tangan
· lipat ganda
· ramah mesra
· luar biasa
|
Pahang
|
· gugur
· sidang
· lancang
|
Perak
|
· kelihatan
· penglihatan
· kekurangan
· pengurangan
· kepanasan
· pemanasan
|
Pulau Pinang
|
· kehampaan
· kesukaran
· kelalaian
· kebejatan
· kemaslahatan
· kepincangan
|
SBP
|
· mengupas – mengelupas
· bercanggah – berceranggah
· menjajah – menjelajah
|
Selangor
|
· buat-buat
· buatan
· makan-makan
· pemakanan
· hari-hari
· seharian
|
Terengganu
|
· tunjuk
· petunjuk
· penunjuk
· jelas
· menjelaskan
· penjelasan
|
WP
|
· dalam
· mendalam
· pedalaman
· lancar
· melancar
· pelancaran
|
YIK
|
· akauntan
· akrobat
· aktivis
· aktor
· angkasawan
· atlet
|
SOALAN 3b – SINTAKSIS
NEGERI
|
SOALAN
|
After School – subjekdanpredikat
|
· Melukis telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi.
· Warna oren merupakan warna pilihan Hani untuk majlis perkahwinannya .
· Ibu pejabat syarikat tersebut terletak di Labuan, Sabah.
|
Johor –perbualan / cakap pindah
|
· Cikgu Azlan: Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?
· Rajesh: Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
· Cikgu Azlan: Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?
· Rajesh: Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
· Cikgu Azlan: Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk-anggukkan kepalanya)
· Rajesh: Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.
|
Kelantan – Gabung ayat
|
· Hutan paya bakau sangat kaya kerana mempunyai nilai komersial. Hutan paya bakau juga menjadi sumber kayu-kayan. Penduduk di kawasan pantai menggunakan kayu bakau untuk membina rumah. Mereka juga boleh membina bot. Kayu bakau itu akan dijadikan rasuk, alang, pelancar, dan tiang. Kayu bakau turut digunakan untuk membuat perangkap ikan. Kayu bakau dapat dijadikan sumber bahan api. Kayu bakau dapat dijadikan sumber kraf tangan dan perabot rumah.
|
Melaka – susunan biasa / susunan songsang
|
· Menara Berkembar Petronas bangunan pencakar langit negara kita.
· Pelancong itu sedang membeli cenderamata tetapi rakan-rakannya yang lain telah lama pulang ke hotel.
· Pemberian hadiah khidmat cemerlang itu daripada majikannya.
|
MRSM –subjek danpredikat
|
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang
lebih sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang
berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.
|
Negeri Sembilan – ayat cakap ajuk / ayat cakap pindah
|
“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria. “Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya minum petang.
|
Pahang –Kenal pasti jenis-jenis ayat : ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, dan ayat seruan.
|
· Syabas, anda telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan!
· Sudah siapkah tempahan baju saya?
· Pelajar dilarang merokok di kawasan sekolah.
· Pengetua ingin mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran Ali ke sekolah semalam.
· “Jemputlah datang ke rumah saya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan kami.” kata Hashimah kepada Shamira.
· Malaysia tersenarai sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Asia.
|
Perak – susunan biasa / susunan songsang
|
· Mereka diminta menyusun kerusi sebelum acara sukan bermula di padang sekolah.
· Encik Hashim telah membeli rumah banglo di
· Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.
|
Pulau Pinang – ayat perintah (ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan
atau ayat permintaan)
|
· Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
· Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
· ”Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.
· ”Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
· Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
· Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
|
SBP – Bina ayat
|
· FN + FK
· FN + FA
· FN + FS
|
Selangor –
Kenal pasti ayat perintah
|
· Siapkan tugasan itu sekarang juga.
· Usah dikenang lagi kisah yang lama
· Sila datang ke rumah saya malam ini
· Jagalah adik kamu dengan baik.
· Jemputlah makan kuih-muih yang dihidangkan itu.
· Tolong buang sampah ini.
|
Terengganu – cakap pindah – cakap ajuk
|
Mashitah memberitahu Mauzah bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus perniagaan yang dianjurkan oleh kerajaan pada bulan itu. Mauzah menyokong rancangan Mashitah itu. Seterusnya, Mauzah menyatakan bahawa Mashitah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Mashitah melahirkan hasratnya untuk menjadi peniaga yang terkenal pada suatu hari nanti. Mauzah menyatakan keyakinannya bahawa Mashitah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Mashitah mengucapkan terima kasih kepada Mauzab.
|
WP – cakap ajuk – cakap pindah
|
Wan : Nik, ikut saya ke kafe siber pada petang ini.
Nik : Awak hendak ke kafe siber untuk apa?
Wan : Saya hendak mencari maklumat tentang tokoh bahasa Melayu.
Nik : Awak hendak mencari maklumat itu mengapa?
Wan : Cikgu Faizah meminta saya menulis esei tentang tokoh bahasa Melayu.
Nik : Bukankah awak boleh dapatkan maklumat itu di perpustakaan sekolah?
Wan : Ya, tetapi saya hendak membaca maklumat daripada sumber lain.
|
YIK – Memisahkan ayat
|
· Datuk Jaafar akan bertolak ke Medan pada hujung minggu ini.
· Penternak ikan di kawasan Tasik Chini mengalami kerugian kerana hasil ternakan mereka diserang penyakit.
· Kemalangan ngeri itu berlaku di Tampin dan meragut tiga orang pelancong dari Jerman.
|
SOALAN 3c – KESALAHAN EJAAN / IMBUHAN
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
· Kebanyakkan pengguna memilih untuk berbelanja di pusat membeli belah berbanding di kedai runcit.
· Puan Halimah dan Encik Halim cadangan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka di Hotel Kasturi pada hari Ahad nanti.
· Di mana harus saya mengantungkan gambar pemandangan ini. Aqil bertanya kepada Irfan. [6
|
Johor
|
· Kementerian Pelajaran
· Pengerusi mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara dwitahunan mulai tahun hadapan.
· Kerajaan digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.
|
Kelantan
|
· Kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit pada setiap tahun untuk membiayai pusat-pusat serenti dan menjalankan kempen anti-dadah.
· Peraduan menulis essei wajar diperbanyak demi meningkat kemahiran pelajaran mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan.
· Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan dan pencapaian atlit kurang upaya dalam beberapa acara yang bertanding di peringkat antarabangsa lalu.
|
Melaka
|
Dalam zaman pasca modenisasi negara terpaksa menghadapi dengan penyakit merbahaya yang mampu meranapkan peradaban bangsa, yakni pernbuangan bayi. Perbuatan ini berupa tanda kepincangan manteliti gulongan muda
|
MRSM
|
· Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-bam ini.
· (Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
· Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk jaminan keamanan negeri.
|
Negeri Sembilan
|
· Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan murid sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak masing-masing.
· Kerajaan digesa ambil tindakan terhadap laman web lucah yang semakin banyak seperti cendawan tumboh selepas hujan.
· Kita perlu menggembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.
|
Pahang
|
· Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancung ke negara kita akan meningkat menjelang hujung tahun ini.
· Pelajar pra-sekolah menyertai pertandingan mewarna untuk peningkatan kemahiran seni lukis mereka.
· Pembakaran hutan di Sumatera telah menyebabkan beberapa negara Asean mengalami masalah jerubu dan memberi kesan terhadap perubahan iklim dunia.
|
Perak
|
Semua anggota keluarga, jiran tetangga dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam kontek memupuk penghidupan berkeluarga yang sihat dan masyarakat yang dinamik untuk bina negara yang maju. Semua pihak haruslah bertanggung jawab untuk membimbing keluarga ke arah kesejahteraan. Tambahan pula, kedudukan istimewa sebagai ibu bapa membolehkan mereka memain peranan yang lebih berkesan dalam menangani gejala yang tidak diingini.
|
Pulau Pinang
|
· Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati penyakitnya.
· Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
· Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.
|
SBP
|
· Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwi bahasa.
· Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan syarikat.
· Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.
|
Selangor
|
· Gulungan yang pendapat kurang daripada RM2 000 layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.
· Suasana dalam perhimpunan itu menjadi kelang – kabut apabila dengan tiba- tiba terdengar bunyi berdentum yang kuat di kawasan berhampiran.
· Murid
|
Terengganu
|
· Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka di hargai oleh masyarakat.
· Penduduk Taman Haji Pa akan mengada kempen pencegahan jenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sama memerangi kegiatan jenayah.
· Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit jantung secara tiba-tiba.
|
WP
|
· Gambarajah itu menunjukan cara-cara untuk menanam cili dengan menggunakan teknologi moden.
· Fesyen pakaian yang mencolok mata begitu digemar oleh sesetengah gulungan remaja pada masa ini.
· Pihak polis telah menemui mayat yang tidak dikenali itu dalam keadaan mengerikan di pengkalan sungai.
|
YIK
|
· Rubiah membawa satu bungkusan ole-ole yang dibelinya di Sarawak untuk menyampaikan kepada Mary yang terlantar di Hospital Muar.
· Isu penglibatan pelajar dalam gejala samseng dan gangsterisme telah membimbangkan masyarakat kerana boleh terancam keselamatan negara.
· Penduduk kampung menjadi gempar dan berada dalam menakutkan setelah Mak Limah terserempak dengan pontianak yang sedang merayau-rayau pada waktu malam.
|
SOALAN 3d – KESALAHAN KATA / BAHASA
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
· Bendera-bendera yang berwarna-warni itu bertebaran di sepanjang jalan.
· Masalah yang institusi pengajian tinggi hadapi adalah kekurangan pendapat yang cerdas.
· Beliau sering diajak untuk membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar.
|
Johor
|
· Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
·
· Perdana Menteri
|
Kelantan
|
· Senarai nama peserta-peserta yang akan turut serta dalam ekstradisi berkayak diserahkan kepada urus setia program.
· Oleh sebab terlalu marah, Sultan Melaka telah mengenakan hukuman bunuh terhadap hang Tuah.
· Bangunan menjulang tinggi yang terletak di tengah-tengah bandar itu paling kerap sekali dikunjungi pelawat pada hujung minggu.
|
Melaka
|
· Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang lain.
· Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.
· Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.
|
MRSM
|
· Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
· Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
· "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
|
Negeri Sembilan
|
· Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.
· Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
· Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama ada pada waktu senang dengan susah.
|
Pahang
|
· Kata-kata aluan Pengerusi Majlis semasa Sukan Tahunan Sekolah kali ke-14 telah menyumbang semangat kepada semua peserta.
· Pelatih-pelatih perlu menyiapkan kerja yang telah diberikan dalam tempoh yang jurulatih mereka tetapkan.
· Masyarakat disaran menggunakan sisa-sisa terbuang secara kreatif seperti menghasilan kraf tangan-kraf tangan yang berharga.
|
Perak
|
· Jabatan Meteorologi telah mengenal pasti antara sebab-sebab berlakunya kejadian tanah runtuh ialah hujan kuat yang berpanjangan.
· Pemberian bantuan dan beberapa intensif untuk membantu para penjawat awam telah kerajaan putuskan pada hari ini.
· Setelah dibicarakan ke mahkamah pada petang tadi, orang yan kena tuduh ditemui bersalah dan dihukum penjara selama setahun.
|
Pulau Pinang
|
· Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
· Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
· Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah kerana terlewat menghadiri temu janji.
|
SBP
|
· Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak membelinya kerana berasa curiga.
· Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-kira 500 meter sahaja.
· Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap siaga untuk menghadapi peperangan.
|
Selangor
|
· Kebakaran yang berlaku pada petang semalam telah melenyapkan deretan kedai yang terletak dalam bangunan itu hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
· Guru besar-guru besar yang hadir dalam majlis penyerahan anugerah cemerlang di dewan itu merupakan mereka yang terpilih dari sekolah luar bandar.
· Pengetua mengirimkan terima kasih untuk para penaja atas sumbangan berupa barangan mahupun wang ringgit bagi menjayakan acara sukaneka sekolah pada kali ini.
|
Terengganu
|
· Warna jambu merah merupakan warna yang menjadi terma majlis perkabwinan Asbaida.
· Usaha gigih Puan Sukatini untuk menjadi seorang peniaga selama ini telah tertunai apabila dia membuka dua biji kedai runcit di Terengganu.
· Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman getah secara moden dengan bimbingan dari RISDA.
|
WP
|
· Semenjak menghidap selesema demam, badan Salwa semakin surut dan matanya bertambah cengkung.
· Para pekerja berbondong-bondong membina bangunan itu dari pagi hingga ke petang.
· Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
|
YIK
|
· Kajian menunjukan bahawa tidur yang mencukupi mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu di dalam memelihara daya ingatan seseorang.
· Malaysia perlu mengamati negara-negara maju yang menggunakan Internet untuk penyelidikan dalam berbagai bidang seperti perubatan, perniagaan, pembinaan dan pertanian.
· Penyakit demam denggi yang berpunca dan nyamuk aedes merupakan ancaman yang merunsingkan negara kerana wabak ini boleh mendatangkan maut.
|
SOALAN 3e – PERIBAHASA
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
· Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
· Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
· Bermandi peluh
|
Johor
|
· Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.
· Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
· Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia- sia sahaja.
|
Kelantan
|
Masyarakat Melayu pada hari ini tidak berpegang kuat pada adat. Terdapat segelintir daripada mereka langsung tidak mengamalkan adat yang mereka warisi. Kehidupan mereka telah berubah akibat globalisasi. Sebaliknya, masyarakat Melayu tradisional amat berpegang kepada adat. Mereka sanggup kehilangan anak semata-mata untuk mempertahankan adat kerana kehidupan mereka sentiasa dengan adat.
|
Melaka
|
· Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.
· Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
· Genggam bara api biar sampai jadi arang
|
MRSM
|
· Gagak pulang ke benua.
· Alang-alang berdakwat biar hitam.
· Musuh dalam selimut.
|
Negeri Sembilan
|
· Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
· Api dalam sekam
· Membuka pekung di dada
|
Pahang
|
· Pelanduk dua serupa
· Belakang parang diasah lagikan tajam
· Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Perak
|
· Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.
· Menyesuaikan diri dengan budaya dan peraturan disesuatu tempat.
· Berjaga-jaga sebelum mendapat sesuatu bencana.
|
Pulau Pinang
|
· Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.
· Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.
· Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.
|
SBP
|
Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku seperti ..........…………………………… Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu, namun …………………..........………… kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-hati ketika melalui jalan itu kerana …………......…………………………
|
Selangor
|
· Remaja perlu menjaga adab dalam pergaulan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
· Sarina tidak kekok melakukan kerja-kerja rumah kerana dia selalu membantu ibunya.
· Ibu menasihati abang agar menunggang motosikal dengan berhati-hati supaya selamat sampai ke kolejnya.
|
Terengganu
|
· mencurah air di daun keladi
· mengambil bati
· kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
WP
|
· Ah Chong begitu kecewa dan terlalu dukacita atas kematian isterinya yang menjadi mangsa peragut yang tidak berperikemanusiaan.
· Julia suka menceritakan keburukan orang lain sedangkan keburukan dirinya tidak disedari.
· Setelah tidak mendapat kasut hitam yang dicari-cari, Muthu mencari pula kasut berwarna coklat yang boleh digunakan sebagai ganti.
|
SOALAN 4a – NOVEL
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
Watak utama banyak memaparkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan dua nilai murni yang terdapat pada watak utama.
|
Johor
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan duaperistiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut
|
Kelantan
|
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan keistimewaan watak utama dalam novel tersebut.
|
Melaka
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut
|
MRSM
|
Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
|
Negeri Sembilan
|
Berbagai-bagai peristiwa negatif yang boleh dijadikan teladan dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa negatif yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan kita.
|
Pahang
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikanperistiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Perak
|
Berdasarkan salah satu teks yang anda kaji, jelaskanbagimanakah watak sampingan membantu menyelesaikan masalah watak utama.
|
Pulau Pinang
|
Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.
|
SBP
|
Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.
|
Selangor
|
Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa persoalan dalam karya mereka. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan.
|
Terengganu
|
Bahagian peleraian yang menarik dalam sesebuah novel memberi kepuasan kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraiannovel tersebut.
|
WP
|
Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan karyanya sebagai medan untuk
mengutarakan pelbagai kritikan sosial. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat dalam novel tersebut.
|
SOALAN 4b – NOVEL
NEGERI
|
SOALAN
|
After School
|
Huraikan dua persoalan yang dikemukan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji.
|
Johor
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satupengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?
|
Kelantan
|
Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, Bincangkankepincangan masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel yang telah anda baca.
|
Melaka
|
Berdasarkan dua buah novelyang anda pelajari, huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
MRSM
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satuperistiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
|
Negeri Sembilan
|
Watak sampingan berperanan membantu watak utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam setiap novel.
|
Pahang
|
Imbas kembali merupakan satu daripada teknik penceritraan yang digunakan oleh pengarang untuk mengembang jalan cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan teknik imbas kembali yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
Perak
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satupersoalan daripada setiap novel.
|
Pulau Pinang
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
|
SBP
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satuperwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
|
Selangor
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikankepentingan watak sampingan dalam setiap novel tersebut.
|
Terengganu
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satulatar masyarakat yang prihatin dalam setiap novel.
|
WP
|
Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menggambarkan nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan